Amerika Syarikat Pegawai_Waran

Tentera Darat Amerika Syarikat

Dalam Tentera Darat Amerika, Pegawai Waran adalah kumpulan petugas yang mempunyai kemahiran khusus (MOS specialty) yang tidak terdapat di kalangan anggota-anggota lain-lain pangkat.

Dalam perkhidmatan Tentera Darat Amerika Syarikat, perkhidmatan Pegawai Waran boleh dikesan sehingga tahun 1896, dengan perlantikan kerani Markas. Di sekitar tahun 1918, pegawai Waran tidak dianggap sebagai pegawai tentera, tetapi sebagai orang awam. Perkhidmatan kehakiman tentera (Judge Advocate General) kemudiannya menetapkan pada penjawat Pegawai Waran adalah pegawai tentera.

Insignia Kor Pegawai Waran Tentera Darat Amerika

Dalam tahun 1918, Kongres Amerika meluluskan penubuhan Perkhidmatan Penanam Periuk Api dengan kekuatan awal 40 orang Pegawai Waran. Akta Pertahanan Kebangsaan 1920 (National Defence Act) membolehkan Pegawai Waran berkhidmat sebagai kerani, kakitangan pentadbiran dan pemimpin pancaragam. Akta ini juga memberikan kuasa perlantikan 1,120 orang Pegawai Waran sepenuh masa.

Dalam tahun 1941, Undang-Undang Am 230 memberikan kuasa membuat perlatikan pegawai waran dengan bilangan tidak melebihi 1 peratus daripada keanggotaan anggota tetap Tentera Darat dengan dua gred iaitu Pegawai Waran (WO1), dan Pegawai Waran Kanan (CW2). Dalam bulan November 1942, pangkat Pegawai Waran (WO1) diberikan definisi sebagai pangkat di atas semua anggota lain-lain pangkat dan di bawah semua pangkat pegawai bertauliah. Pada penghujung tahun 1951, Pegawai Waran menjalankan tugasan dalam 60 jenis pengkhususan.

Pengambilan boleh dibuat melalui permohonan oleh anggota-anggota tentera darat yang sedang berkhidmat ataupun daripada anggota-anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat ataupun pasukan Pengawal Kebangsaan. Orang awam juga boleh membuat permohonan memasuki program Pegawai Waran.

Perlantikan biasa sebagai Pegawai Waran adalah untuk tempoh 3 ataupun 4 tahun. Pegawai Waran dalam Tentera Darat Amerika Syariat boleh dilantik dalam 5 gred berlainan. Perlantikan awal dibuat sebagai Pegawai Waran (WO1), dan dimajukan jikalau ada kenaikan pangkat kepada Pegawai Waran Kanan (CW2). Kenaikan pangkat boleh dibuat untuk kenaikan menjadi Pegawai Waran Kanan 3 (CW3), Pegawai Waran Kanan 4 (CW 4) dan Pegawai Waran Kanan 5 (CW5).